nuffnang

I'm a 30 Seconds to Mars's Believer

I'm a 30 Seconds to Mars's Believer

Friday, July 22, 2011

ini cerita saya

oh..frackalacking..

assalamualaikum..:)

semua orang ada cerita sendiri kan?
jadi ini cerita saya.

bismillahirahmanirrahim.

nama penuh,Farah Najwa bt Rahim..
keluar kat dunia ni pada 17 September 1996  pukul 1.55 petang.

dijaga,dibelai..dan dimanjakan oleh ayah dan ibu.
apa yang dihajatkan akan ditunaikan..
kalau ta dapt mesti merengek...
dengan mulut yang ternganga luas dan hidung yang meleleh dengan hingus.
akhirnya dapat juga apa yang nak dihajatkan..

aku ingat lagi..
setiap kali balik dari tadi tadika,
ayah pasti akan singgah di pekan kat pekan kuala tuh..
ayah akan belikan aiskrim,air dan gula-gula..
ayah akan belikan sesuatu supaya aku ta mrajuk sebab ayah selalu ambil aku lambat..
ayah ta pernah lupa untuk belikan semua itu.
kata ibu, 
aku seorang je yang dilayan begitu..
katanya aku sering dimanjakan oleh bapaku sewaktu kecil..

aku ingat lagi..
ketika badan ayah sakit2..
ayah akan suruh aku pijak belakang dan kakinya..
kerana aku paling ringan di kalangan adik beradik ku.
aku sering terjatuh kat ats ayah sebab bergerak dengan tidak seimbang..
kesian ayah..mesti sakit...
tapi ayah ta pernah marah..
ayahpun selalu suruh aku pergi ke rumah mak long  di sebelah.
untuk meminjam surat khabar semalam jika ayah tidak sempat mebeli nye di kedai atau pun sudah habis.
dulu aku selalu mengeluh apabila disuruh begitu..
sering merungut..
'kenapa aku je yang kena? kenapa ta suruh along atau iman?!'
hati ku membentak..
tapi kini aku rindu buat semua tuh.
kalau boleh macam nak je buat lagi semua tuh..
tapi dengan hati yang lebih ikhlas.
tidak membentak dan merugut.


aku masih ingat lagi..
suara ayah..
tatkala dia mengahantar aku dan adik2 ku ke sekolah..
tatkala sampai je di pintu pagar sekolah,
aku dan adik2 ku akan bersalamann dengan ayah ku..
dan ayah sempat berpesan..
'belajar pandai2..dengar cakap cikgu..'..
kemudian kami keluar dan ayah pun menuju ke sekolah nya..
ayah selalu sampai di sekolah lambat..
dan semua nya keran kami..
kesian ayah..
pasti sering dimarahi dengan pengetuanya..

tapi..
tuh semua tinggal memori je..
ayah kini sudah tiada..

aku ingat lagi hari ayah pergii..
masih segar lagi di ingatan seperti baru semalam.

pada pagi itu.,
kami sekeluarga bersiap ke sekolah seperti biasa..
ayah dan ibu kedua2 nya guru..
hari itu ayah kelihatan seperti orang yang tidak sakit apa2 pun..

aku masih lagi ingat...
waktu ayah pergi hantar kami ke sekolah,
ayah singgah ke rumah penjaga kami,
untuk meberi kan duit upah kepadanya kerana menjaga kami waktu dia dan ibu
sibuk bekerja mencari rezeki untuk membesarkan anak2 nya..
apabila di sekolah,
aku ingat lagi pesanan ayah yang biasa dan terakhir kepada aku dan adik2 ku..
'belajar pandai2..dengar cakap cikgu'
siapa sangka itu pesanan terakhir ayah buat kami..

aku ingat lagi..
waktu itu aku di sekolah agama..
seperti biasa,
pada petang hari khamis pasti ayah akan ke dewan serbaguna di masjid tanah
untuk berlatih badminton dengan rakan2 nye..
dan aku pulang kerumah dengan ibu..
sesampai je dirumah,..
aku menukar baju..dan terdengar bunyi telefon..
aku pun angkatlah..
kedengaran suara lelaki di talian sana..
dia cakap

'hello? ni rumah cikgu rahim ke?'
'ya..sape nih?'
'ni kwan dia,cakap kat ibu,ayah jatuh mase main badminton'
;oh..ok..'

time tuh aku kecik lagi..
belum matang sangat walaupun dah berumur 12 tahun.
jadi aku ta berapa faham la ape maksud dia dengan 'jatuh' tuh..
aku fikirkan ayah hanya tersungkur ketika bermain badminton..

jadi aku pun keluar dari rumah dan menemui ibu ku yang sedang berbual dengan mak long..
aku beritahu ibu yang kawan ayah telefon,dia kata ayah jatuh..
ketika itu juga telefon ibu berbunyi..
aku dapat lihat air muka ibu yang berubah itu..
ibu letak telefon dan cakap yang dia kena pergi masjid tanah,ada sesuatu berlaku kat ayah..

aku pun risau juga time tuh.
tapi aku buat dono je..
sebab ta nak pk bukan2..
lepas tuh telefon berbunyi lagi..
kak ina aku nak dtang rumah,
katanya nak meminjam kamus dewan warna biru tuh..
jadi aku call lah mak aku,untuk beritahu yang kak ina nak datang..


 apa yang aku tahu selepas itu sangat mengejutkan..

'ibu,kak ina nak datang ,nak pinjam kamus,'
'angah...'
'ye?'
'ayah dah tak de..'
'.....ha?.....'

aku tercengang..
kedengaran suara ibuku menangis kesedihan..
oleh kerana tidak dapat menahan kesedihan..
dan ta tahu nak cakap ape..
aku meletak kan  gagang teleofn..
ketika itu air mata masih lagi tidak keluar..

aku mengejutkan adik ku yang sedang tidur dengan lenanya..
dengan suara yang menggigil..
aku kejut adik aku
sambil berkata bahawa ayah da meninggal..
muka diorang kelihatan sangat takut,sedih,seperti tidak percaya apa yang didengari..
kemudian dioraang menangis..
menangis dengan kuat sekali..
seperti tidak mempercayai nya..
aku kata
'jangan menangis,sedih ayah nanti'..
aku masih lagi tidak menangis..

kemudian aku terdengar bunyi motor kak ina..
aku keluar jumpa dengan kak ina..
dan meberi nya kamus..
kemudian dia ternampak wajah adik aku yang sedang menangis,,
dia bertanya
'dorang kena marah ke?'
aku ta tahu nak cakap apa..
kemudian pak long aku datang..
dengan mata yang merah dan sedang mengelap air mata di pipi..
dia kata pada kak ina..
'ayah diorang baru je pergi'..
akhirnya air mata aku membasahi pipi..
aku menangis..
tetapi aku masih lagi tahan..
aku menangis tanpa bunyi...

malam itu rumah aku dipenuhi dengan jiran,saudara dan rakan2 ayah..
ibu tidak balik2 lagi..
katanya..ada hal yang perlu diuruskan..
adik2 ku juga ada bersamanya dihantar oleh bapa saudara ku..

aku ingat lagi  waktu akak aku yang dibawa balik dari asrama ..
kelihatan dia seperti tidak tahu apa yang berlaku..
dia tanya aku..
apa yang berlaku..
aku kata..
ayah dah ta de..
dia pun semacam tidak percaya..
dan air mata berlinangan dimatanya dan jatuh ke pipinya..
aku tanya dia..
'ta kan kau ta tahu kut?'
'ta..sebab mak lang cakap ayah hanye sakit'..

aku pun masih ingat..
lewat malam itu..
waktu itu nenek aku dari johor iaitu mak kepada ibuku sudah lama sampai..
kira2 pukul 11 gitu..mak aku pun balik dari hospital...
aku mcam nak lari kat dia dan peluk dia dan nangis sekuat2 hati..
tapi aku lihat wajah dia yang sugul dan kelihatan penat itu aku membatalkan niat ku..

aku ingat lagi..
waktu ibuku memeluk mak nya,
sambil menangis dan meraung sedikit..
katanya..
'idah takut mak..idah takut..'

aku ta dapat tahan kesedihan aku..
aku lari kebilik ibuku..
aku ambil bantal dan menekup mukaku dengannya..
dan menangis ekuat2 hati..aku ambil baju solat ayah yang ada bau ayah dan peluk..
hingga tertidur..


sampai sekarang aku masih tidak percaya bahawa ayah sudah pergi...
ayah pergi sudah 4 tahun..
setiap 30 Januari aku pasti akan membacakan surah yasin untuk nya..

aku sangat rindu kan dia..
walau banyak mane pun aku nangis,
walau banak mane pun aku jerit nama dia,
aku tahu itu ta kan bawa dia kembali..

kalau lah aku tahu yang aku akan kehilanga ayah secepat itu,
pasti aku tidak akan merungut,membentak dan mengeluh..

kini pesanan ayah aku jadi kan pegangan hidup.
setiap hari aku akan mainkan pesanan nya di fikiran..
jadikannya sebagai motivasi hidup..

saya sayang ayah. ..:)
al-Fatihah buat ayah..

ayah is wearing the blue shirt. ni time pergi kelantan dengan rombongan sekolah ayah..dah lame gila dah.aku ta de gambar baru,gambar baru dekat pc..nih mase aku umur 8 tahun..

babai :)



Ada Facebook? Jangan lupa Like!

1 comment:

Anonymous said...

sungguh sedeyhhh.... hmpir brlinangan air mata

ggh

back to top